Yang Pertama di Dunia Perisian Perbualan Merentangi Bahasa dalam 25 Bahasa Dilancarkan Hari Ini oleh Translate Your World

Tiada lagi halangan bahasa dengan perisian perintis dan serba lengkap ini untuk perbualan masa sebenar antara penduduk berlainan bahasa. Kunjungi laman web dan terus bercakap. Sesiapa saja boleh bercakap dalam berpuluh-puluh bahasa – serta-merta – untuk urusan perniagaan dan berseronok-seronok.

 

“Untuk maklumat lanjut”

 

Translate Your World, pembangun perisian komunikasi merentangi bahasa, mengumumkan adanya perisian baru untuk sesiapa sahaja untuk bercakap dalam masa nyata merentangi 25 bahasa yang berbeza. Tidak pernah ada perisian seperti Translate Your World. Kunjungi laman web dan terus bercakap. Apa yang disebut oleh setiap penutur diterjemahkan serta-merta ke dalam bahasa lain untuk muncul sebagai sari kata atau didengar sebagai suara komputer disintesis yang menarik.

 

“Kami menjemput anda semua untuk menguji Translate Your World secara percuma,” kata Sue Reager, presiden syarikat tersebut. “Mudah bercakap di seluruh dunia dengan keluarga dan rakan-rakan perniagaan hampir di mana sahaja di dunia. Gunakannya untuk mengajar, melatih, belajar bahasa lain, atau berkomunikasi dengan orang pekak-buta. Translate Your World ini bukan sebagai pengganti cara lama kita berkomunikasi tetapi merupakan suatu cara baru untuk membawa penduduk di seluruh dunia bersama-sama berkongsi idea, terutama mereka yang dahulunya mungkin sukar atau mustahil untuk bercakap. Translate Your World membuat perbualan global suatu realiti setiap hari.”

 

Secara teknikalnya, Translate Your World adalah pusat kawalan misi yang menyatukan perisian hebat dari gergasi teknologi termasuk Microsoft, Google, Nuance SDL, ReadSpeaker, SIMS, Yandex, Systran, Android, Baidu, WebRTC, VoIP, dan banyak lagi untuk berfungsi secara harmoni di samping memperkasakan dunia tanpa halangan bahasa. Translate Your World menyediakan pengguna dengan akses kepada ciri-ciri bahasa terbaik yang terdapat pada setiap teknologi. Kebanyakan perisian ini terdapat dalam peranti peribadi, tetapi jarang sekali digunakan – sehinggalah hari ini.

 

Versi 1 perisian sebelumnya menterjemahkan apa yang dikata tetapi tidak apa yang dijawab oleh orang lain. Dengan Versi 2 terbaru ini, sesiapa sahaja boleh bercakap dan difahami. Sama ada anda bercakap melalui persidangan web seperti Skype, WebEx, Adobe Connect, Google Hangout, atau tablet dan telefon pintar, seluruh perbualan anda diterjemahkan, dengan itu ada komunikasi. Selain itu, orang berlainan bahasa boleh bercakap antara satu sama lain pada masa yang sama, dalam bahasa ibunda masing-masing, disusuli oleh sari kata dalam bahasa setiap peserta. Kelajuan suara komputer yang membuat terjemahan senadi dengan perbualan telah dipertingkatkan berbanding Versi 1 sebelumnya, dan muncul hanya sedikit lambat selepas sebutan perkataan asalnya.